AI for Finance

Kursus “AI for Finance” kepada Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan di Cameron Highland.

Alhamdulillah, berjaya melaksanakan satu kursus custom AI for Finance untuk para peserta kursus daripada Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan selama 3 hari, 2 malam di Hotel Zenith, Cameron Highlands bermula daripada 18 sehingga 20 December 2025.

Kursus Advanced AI ini mendedahkan para peserta kepada penggunaan ChatGPT dan Google Gemini untuk membuat analisa dokumen-dokumen Penyata Kewangan dan dokumen Belanjawan Negeri Sembilan daripada tahun 2018 sehingga tahun 2024 secara ad-hoc dan real-time.

Peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik untuk menggunakan Google Gemini melalui Google Sheets dan Google Drive dengan lebih mendalam dan efektif.

Selain daripada itu, para peserta juga dilatih untuk membina custom Google Gemini Gems untuk membantu membuat analisa dokumen-dokumen berkaitan dengan kewangan & belanjawan dengan lebih tepat dan menepati skop kerja serta keperluan spesifik pengguna.

Para peserta juga dilatih dengan pelbagai AI tools yang lain seperti Suno AI untuk membuat lagu, Google AI Studio untuk membuat prototype web application dan pelbagai online AI tools yang lain.